Umpat,Tuduh dan sindir

7:03 PM / Posted by Three stooges /

Salam, saya kembali menulis apabila terdengar luahan hati kawan baru-baru ini..Tajuk saya kali ini umpat, tuduh dan sindir.Mengumpat bermaksud mengatakan keburukan orang lain kepada seseorang. Ini lah yang sampai ke telinga saya dimana blog kami ni dilabelkan tempat mengumpat secara moden. Insan yang berfikir macam ini sebenarnya tidak memahami teknologi yang kami gunakan ini sebenarnya adalah ingin membantu mereka memudahkan tugas dan mempelbagaikan cara untuk bertukar idea. Tapi rakan yang MENUDUH ini mungkin buta IT ataupun tak faham bahasa melayu kot walaupun sudah diterangkan sebelum ini(ALMAKLUMLAH TEROR ENGLISH LAH KATAKAN)..Jadi dipendekkan cerita, ada lah seorang hamba Allah yang memberitahu kami bahawa blog kami disindir dimana-mana pun terutama sekali jika Kaum PENGUMPAT ini dah berkumpul ketika mesyuarat. So saya pun memberitahu rakan itu bahawa biarlah kaum PENGUMPAT itu hanyut dengan dunia khayalannya. Dah sikapnya macam tu kot. Maybe (bahasa inggeris ckit saya guna) kalau tak MENGUMPAT tak sihat kali. Tak kisah la jika rakan-rakan yang MENGUMPAT atau MENYINDIR blog kami ingin MENGUMPAT lagi, kami persilakan. Paling tidak pun kami tahu bahawa blog kami ini rupa-rupanya sudah pun mempunyai rating yang baik walaupun tak sebulan diterbitkan. Harapan kami kepada PENGUMPAT diluar sana diharapkan anda dapat memahami tujuan utama kami adalah ingin membantu anda memudahkan tugas. Blog kami bukan sahaja tempat perbincangan atau luahan perasaan tetapi kami juga ada menerbitkan ruangan rakan-rakan mempelajari IT. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger ABOTFND dan CERITARASAHATI yang sudi memberi komen.Semoga segala persengketaan atau salah faham dapat diselesaikan dengan aman..Saya mewakili THREE STOOGES ingin memohon maaf sekiranya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Seperti yang sedia maklum, kami langsung tiada niat menjatuhkan, membantah, atau mengumpat seperti yang diSINDIR oleh rakan-rakan tengahari tadi. Diharapkan pihak-pihak tersebut dapat memahami niat baik kami.

2 comments:

Anonymous on November 4, 2008 at 10:35 AM

SABAR ITU SEPARUH DARI IMAM...yang SEPARUH lagi itu...LU PK lah sendiri...

Anonymous on November 4, 2008 at 8:18 PM

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Post a Comment