Cuti..cuti..cuti

8:00 PM / Posted by Three stooges /

YAHHOOOO...Cuti da start..Tapi saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan lagi..Tak apa lah, yang penting tahun penuh kontrovesi kali ini bakal berakhir.Kami berharap warga-warga SKBP dapat mencapai dan melaksanakan apa yang dirancang sepanjang tahun 2008.Walaupun ada penganalisis ekonomi yang mengatakan bahawa tahun 2009 adalah tahun kemelesetan ekonomi tetapi kami  berharap ia tidak akan membantutkan usaha warga SKBP untuk melaksanakan rancangan yang akan dilaksanakan pada tahun depan.Diharapkan segala persengketaan pada tahun 2008 tidak akan dibawa ke tahun 2009.Kami sekali lagi ingin memohon maaf sekiranya ada tindakan kami yang telah menyinggung perasaan rakan sejawat.Semoga pada tahun 2009 akan datang, kita dapat bekerjasama lagi bagi membantu menaikkan nama sekolah.Kami juga cukup gembira dengan keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini.Tahniah kepada warga SKBP terutama sekali guru-guru tahun 6 yang bertungkus lumus membantu murid-murid SKBP mencapai keputusan yang memberansangkan. Diharap usaha itu dapat diteruskan..Jadi selamat bercutilah kepada semua warga SKBP.Tak lupa kepada guru-guru yang ingin melangsungkan perkahwinan, SELAMAT PENGANTIN BARU.Semoga alam baru ini dapat menceriakan hari anda.Kepada rakan-rakan saya yang masih lagi mencari cinta sejati, teruskan lah usaha anda tapi jangan sampai terjerumus ke dalam lembah GILA BAYANG.Orait nanti saya akan cuba post kan senarai nama murid bagi tahun 2009 dalam post seterusnya.

0 comments:

Post a Comment