Esok adalah hari terakhir Pn.Kanan 1 kami.Pn Carol adalah seorang yang telah banyak membantu kami.Perasaan kami berbelah bagi kerana gembira beliau naik pangkat tetapi dalam masa yang sama kami akan kehilangan tempat kami mengadu, bermanja kerana insan kami gelar mumu Carol ini sangat ramah orangnya dan yang paling penting ialah senyuman beliau serta gelak ketawanya yang sering menceriakan keadaan di tempat keja kami. Kami berharap mumy Carol berjaya dalam kerja barunya dan kami juga berharap kami disini tidak dilupakan. Memang sedih kami kenangkan apabila beliau tidak lagi menjadi warga SKBP. Tiada sudah tempat kami bercerita masalah kami. Saya salah seorang daripada three stooges ini pernah menjadi anak murid beliau sewaktu sekolah menengah dahulu.Tak sangka pula yang saya akan bertugas dibawah beliau. Komen saya tentang mumy Carol sangat simple iaitu seronok bekerja dibawah beliau. Tiada tekanan sepanjang saya bekerja dengan beliau.Kami rasa rakan-rakan lain juga sependapat dengan saya. Oleh kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan mumy Carol yang telah banyak berjasa dan banyak membantu kami sepanjang beliau bertugas sebagai PK1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sweet, cool and calm, slow talk mummy.. we will miss you..
Semoga mummy sucess dalam tugasan seterusnya. GOD BLESS U ALWAYS...All the BEST.....
Post a Comment